Thursday, January 6, 2011

Tajwid: Idgham Kabir


Ta’arif:
Bahasa: Memasukkan.
Istilah: Sebutan dengan 2 huruf sebagai huruf yang bertashdid.
BAHAGIAN IDGHAM
1) BESAR: Sekiranya 2 huruf yang berbaris.
2) KECIL: Sekiranya huruf pertama berbaris sukun dan huruf yang kedua berbaris.
SEBAB-SEBAB IDGHAM
1) AL-TAMASILU
2) AN-NAJANISU
3) AT-TAQARIBU
BAB IDGHAM KABIR MUTAMASILAIN
- Ibnu kathir baca izhar seperti baki qura’ yang lain.
- Idgham kabir mutamasilain pada satu kalimah selepas dua kalimah,bagi semua qura’ membaca izhar termasuk imam ibnu kathir.
- Telah berkata kaum daripada ahli Al-adak(ulama qiraat) baca izhar ل pada lafaz (ال لوط ) pada surah (الحجر،النمل،القمر )kerana lafaz ال sedikit huruf.
- Ulama muhaqqiqin memblas kata-kata ini.
- Abu Amru dan al Bazzi membaca dalam surah الطلاق dengan buang huruf ي yang selepas huruf hamzah
- Bagi Abu Amru dan Bazzi ada dua bacaan pada dua hamzah iaitu :
# Permulaan ي yang mati bersama mad yang memanjang 6 harkaat sebelumnya.
# تسهيل (sama bunyi huruf) contoh هـ , ء yang tidak jelas , diantara mad yang 2 harkat pada AL-ALIFF yang sebelumnya.
- Wajah yang menukar hamzah ي yang mati baginya 2 wajah :
· Izhar = bagi ي mati mendatang kerana asalnya hamzah yang berbaris maka tidak idgham bagi Abu Amru dan Bazzi.
· Idgham = ي yang mati selepasnya ي yang berbaris maka idgham atas bab idgham mutamasilain soghir.
- Dua wajah ini adalah sahih bagi bacaan Abu Amru dan Bazzi

No comments:

Post a Comment

tq for visit...=)